Showing posts with label Reminders. Show all posts
Showing posts with label Reminders. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Billboard punca kecelakaan jalan raya?

Haa....ini billboard bukan sebarang billboard. Ini bukan billboard hak yang ada kaitan dengan carta muzik ke anugerah muzik tu. Ini billboard hak yang terpampang kat lebuh raya jalan raya tu. Orang melayu panggil papan iklan gergasi gituuuuuuu. Omputeh panggil Billboard. Ada kajian mengatakan bahawa kadar kemalangan jalan raya meningkat kerana wujudnya billboard yang memaparkan wanita-wanita cantik yang berpakaian seksi di jalan raya. Meh sini nak kasi tengok billboard yang macam mana tu.




Ini salah satu contoh billboard yang terpampang di sekitar Lebuhraya Duke. Gambar Fazura, pelakon cun melecun terpampang besar punya depan mata pemandu-pemandu lebuhraya. Kalian bayangkan kalau saya ni sebagai seorang perempuan pun boleh asyik tengok Fazura (bukan Lesbian ya).Apa lagi lah kalau encik-encik abang kat luar sana kan? macam mana lah tak 'accident' kan? 


Ini lagi satu billboard yang wujud. yang ni gambar minah salleh pula. Iklan ini mampu menarik perhatian pemandu-pemandu lebuh raya. Bahaya woooooo.Mungkin adalah lebih baik kita letakkan billboard yang kurang menarik perhatian macam bawah ni.


Haa.....coklat tu memang nampak sedap kan? tapi sekurang-kurangnya tidak ada gambar wanita cantik yang mampu menaikkan nafsu atau menarik perhatian pemandu-pemandu jalan raya bukan? Sekurang-kurangnya kalau mahu diletakkan ikon atau model, kita letak billboard seperti di bawah ini pun okay.



Saya tidaklah mengatakan yang papan iklan seperti tiga gambar di atas ini akan 100% menjamin tiada kemalangan jalan raya akan berlaku tetapi sekurang-kurangnya salah satu faktor pengundang kepada kecelakaan jalan raya dapat diminimumkan. Batas- batas aurat dari sudut Islam juga turut terjaga. Cuba tengok billboard kat atas ni.Bukankah molek begitu? Walaupun dalam keadaan bertudung litup begitu, Maya Karin & Farah Fauzana masih kelihatan menawan.

Memang tidak dinafikan gambar model yang menarik perhatian atau mengghairahkan sedikit sebanyak mampu mengundang kecelakaan jalan raya. Kenapa? Sebab pemandu terlalu asyik merenung ke arah model yang cantik itu. Bayangkan kalau seorang wanita yang menutup aurat juga boleh menarik perhatian jejaka serta lelaki di luar sana, apatah lagi wanita yang mendedahkan aurat?Diharap pada masa hadapan, kurang  atau sekali gus tidak wujud lagi billboard-billboard yang sangat menarik perhatian pemandu. Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan maksiat,termasuklah masalah rogol dan zina sekaligus mengurangkan dosa serta mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.Banyak lagi strategi dan alternatif lain yang kreatif boleh dilakukan untuk aktiviti promosi serta pengiklanan.

Saya mohon ampun sekiranya ada yang tersentuh atau terasa dengan isu yang dibangkitkan ini. Saya sendiri  manusia biasa yang banyak cacat celanya. Ini hanya sedikit pendapat daripada hamba Allah yang kerdil. Mari kita sama-sama renung-renungkan. Tepuklah dada, tanyalah iman. Jazakallah =)

Wednesday, November 23, 2011

Irma Hasmie versus Jessica Alba

Jessica Alba (left), Irma Hasmie (right)
Mesti kalian terfikir apa kes tiba-tiba masuk tajuk Irma Hasmie versus Jessica Alba.ehehehehe.Apa kena mengena mereka berdua ni?Okay-okay, saya tahu mungkin agak lewat untuk saya ucapkan tahniah pada Irma Hasmie yang telah berhijrah beberapa bulan yang lalu.Antara penghijrahan yang beliau lakukan adalah dengan menukar penampilannya kepada penampilan muslimah yang menutup aurat. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas penghijrahan ini. Cun gila kot dia pakai tudung.Sebagai seorang wanita Muslim memang itu yang terbaik.Saya macam terpana tengok Irma Hasmie mengacarakan rancangan Assalamualaikum di TV Al- Hijrah. Bukan Irma seorang sahaja, tapi saya juga nak ucapkan tahniah buat Diana Amir dan Siti Nurdiana yang juga baru- baru ini sudah bertudung. Alhamdulillah. Saya memang kagum dengan artis-artis ini atas penghijrahan mereka.Mudah- mudahan dengan penghijrahan ini, boleh membawa mereka ke arah yang lebih positif.Tahniah juga untuk semua yang telah berhijrah ke arah yang lebih baik.

Salam maal hijrah 1433 buat semua! Semoga hari-hari mendatang lebih baik dari hari sebelumnya.Selamat tahun baru Islam semua =)