Ini lagi satu billboard yang wujud. yang ni gambar minah salleh pula. Iklan ini mampu menarik perhatian pemandu-pemandu lebuh raya. Bahaya woooooo.Mungkin adalah lebih baik kita letakkan billboard yang kurang menarik perhatian macam bawah ni.
Haa.....coklat tu memang nampak sedap kan? tapi sekurang-kurangnya tidak ada gambar wanita cantik yang mampu menaikkan nafsu atau menarik perhatian pemandu-pemandu jalan raya bukan? Sekurang-kurangnya kalau mahu diletakkan ikon atau model, kita letak billboard seperti di bawah ini pun okay.
Saya tidaklah mengatakan yang papan iklan seperti tiga gambar di atas ini akan 100% menjamin tiada kemalangan jalan raya akan berlaku tetapi sekurang-kurangnya salah satu faktor pengundang kepada kecelakaan jalan raya dapat diminimumkan. Batas- batas aurat dari sudut Islam juga turut terjaga. Cuba tengok billboard kat atas ni.Bukankah molek begitu? Walaupun dalam keadaan bertudung litup begitu, Maya Karin & Farah Fauzana masih kelihatan menawan.
Memang tidak dinafikan gambar model yang menarik perhatian atau mengghairahkan sedikit sebanyak mampu mengundang kecelakaan jalan raya. Kenapa? Sebab pemandu terlalu asyik merenung ke arah model yang cantik itu. Bayangkan kalau seorang wanita yang menutup aurat juga boleh menarik perhatian jejaka serta lelaki di luar sana, apatah lagi wanita yang mendedahkan aurat?Diharap pada masa hadapan, kurang atau sekali gus tidak wujud lagi billboard-billboard yang sangat menarik perhatian pemandu. Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan maksiat,termasuklah masalah rogol dan zina sekaligus mengurangkan dosa serta mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.Banyak lagi strategi dan alternatif lain yang kreatif boleh dilakukan untuk aktiviti promosi serta pengiklanan.
Saya mohon ampun sekiranya ada yang tersentuh atau terasa dengan isu yang dibangkitkan ini. Saya sendiri manusia biasa yang banyak cacat celanya. Ini hanya sedikit pendapat daripada hamba Allah yang kerdil. Mari kita sama-sama renung-renungkan. Tepuklah dada, tanyalah iman. Jazakallah =)
No comments:
Post a Comment