Tuesday, January 3, 2012

Tahun Baru 2012 bersama selebriti?

Tak sangka dah masuk tahun baru 2012! Sangka atau pun tidak, kita memang telah pun memasuki tahun 2012 hakikatnya. Pelbagai kejadian telah berlaku sepanjang dua belas bulan dalam 2011. Sudah daftar undi?sila-silakanlah kerana pilihanraya semakin dekat.=)

Berkenaan dengan sambutan tahun baru, biasanya saya sekeluarga hanya duduk diam-diam di rumah. Walaubagaimanapun, tahun ini kami membuat keputusan untuk mengira detik 2012 sambil mendengar sesi soal jawab agama bersama.......


Ustaz Azhar Idrus


 dan..................



Zizan Raja Lawak
Kombinasi yang unik tetapi berkesan buat semua pengunjung terutama golongan muda mudi. Majlis berkenaan diadakan berdekatan dengan rumah kami iaitu di Dataran Shah Ala. Solat Maghrib berjemah turut diadakan.Menghadiri majlis begini adalah jauh lebih baik  daripada menanti detik 2012 di tempat lain dengan hanya mendengar persembahan artis menyanyi yang bukan- bukan dan melihat pertunjukan bunga api yang penuh dengan pembaziran itu. Kami siap bawa tikar untuk duduk di atas padang dataran Shah Alam yang luas itu.  Bukan sahaja Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak yang terlibat dalam majlis mengira detik 2012, artis seperti Sham Kamikaze, Akhil Hayy dan Shahir AF turut memeriahkan majlis. Hadirin-hadirat lebih teruja dengan Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak berbanding dengan artis yang lain.

Serius memang kelakar sesi soal jawab malam tu. Kedua-duanya mempunyai sense of humor yang dapat memikat hati para pengunjung. Ditambah pula dengan pengisian ilmu agama yang masih banyak tidak diketahui oleh ramai orang. Zizan dan Ustaz siap boleh tangkap-tangkap gambar sesama sendiri kat atas pentas tu ( seperti gambar di atas). Ustaz Azhar menghiburkan pengunjung dengan bermain gitar dan diikuti dengan nyanyian Zizan yang mencuit hati. Yang menambahkan kemeriahan lagi adalah selingan dialek Terengganu memandangkan kedua-duanya berasal dari sana. Best! Malangnya kami duduk di bahagian audio yang kurang jelas tetapi sedikit sebanyak dapat mendengar isi yang diterangkan oleh Ustaz Azhar Idrus.
Memang ramai yang hadir, lebih 80,000 pengunjung yang datang mendengar majlis ilmu dan persembahan nasyid daripada para artis. Pendekatan yang amat baik  terutama kepada golongan belia.Memang tak mengantuk langsung! Ada yang sanggup berhimpit-himpit, duduk berselimpuh di atas pandang, malas berpanas berpeluh untuk mendengar sesi soal jawab Ustaz Azhar Idrus dan Zizan. Semoga lebih banyak lagi majlis begini dapat diadakan untuk masa- masa seterusnya. Selamat tahun baru semua! Semoga tahun ini lebih mematangkan kita dan menjadikan kita mukmin yang lebih baik.Apa azam tahun baru anda?

Ini saya selitkan sedikit video di sesi soal jawan Ustaz Azhar & Zizang. Dengar memolek! =)

Monday, January 2, 2012

Menteri yang telah pulang ke rahmatullah

Belum terlambat untuk kita sama-sama sedekahkan Alfatihah buat dua orang pemimpin yang telah meninggal dunia pada bulan Disember 2011 yang lalu.




Al-fatihah buat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong, Dr Muhammad Daud yang meninggal dunia pada pagi Sabtu 24 Disember 2011 dan selamat dikebumikan petang itu. Beliau dipercayai meninggal dunia kerana serangan sakit jantung.





Juga kepada Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang telah pulang ke rahmatullahpada hari Jumaat petang, 23 Disember 2011. Allahyarham berumur 72 tahun ketika itu.



Moga roh mereka dicucuri rahmat. Al-fatihah.