Monday, December 26, 2011

Pilihanraya umum ke-13 bakal menjelang tak lama lagi



2012 bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Pilihanraya umum juga bakal diadakan tidak lama lagi cuma kita tidak tahu secara tepat bilakah tarikhnya. Kepada rakyat Malaysia yang baru menjangkau 21 tahun atau sesiapa yang belum pernah mendaftar undi, sila-silakanlah berbuat demikian.Daftarlah undi bermula hari esok sebelum terlambat.  Lebih cepat lebih baik memandangkan pilihanraya dijangka awal 2012.Boleh jadi bulan Januari atau Februari atau Mac?

Mari sama-sama kita tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.Setiap satu undi amatlah bermakna dan memberi kesan kepada diri sendiri. Sudah pasti undi itu amat berkaitan dengan tampuk kepimpinan dan pemerintahan. Secara langsung ia memberi kesan kepada kehidupan kita. Terpulanglah pada anda kepada siapakah undi itu harus diberikan. Saya pasti anda semua bijak membuat keputusan memilih siapa yang terbaik sebagai wakil rakyat dan pemimpin.Banyakkan istikharah dan kajian yang teliti. Selamat mendaftar undi dan selamat membuat keputusan =)

No comments: