Thursday, December 22, 2011

Lagi banyak rokok lagi tenang hidup?

Lagi banyak hisap rokok lagi panjang umur ke?Memang benar ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Semua orang sudah sedia maklum antara padah bahan tembakau ini. Menurut pertubuhan kesihatan dunia, menjelang 2020 dianggarkan 10 juta perokok di  duni mati dalam setahun. Rokok amat berbahaya di mana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan perokok itu sendiri tetapi juga membahayakan kesihatan orang di sekeliling yang terhidu bau asap rokok itu.  Tahukan anda berapa banyak khasiat yang masuk ke dalam badan kerana asap rokok? Terdapat 4000 bahan kimia beracun terkandung dalam sebatang rokok. wow! Saya tahu anda semua memang sudah tahu tentang akibat merokok.Saya memang bukan seorang perokok. Saya memang hairan dengan perokok-perokok tegar yang amat ketagih dengan bahan tembakau ini. Ada yang sampai lebih daripada 10 atau 20 batang sehari malah lebih daripada itu.

Jom kita tengok kesan-kesan buruk akibat merokok:

a) Rumah boleh terbakar
Celah manalah boleh terbakar ya? Bukankah rokok itu perlu dibakar dengan api? Sekiranya kecuaian berlaku, pastinya boleh membakar rumah jua jiwa. Melayang beribu ribu ringgit, mungkin boleh sampai berjuta ringgit.

b) Duit lagilah terbakar-bakar
Katalah satu kotak dalam RM10, anda beli dua kotak dah RM20. kalau sebulan hisap rokok,  bukankah boleh habis dalam RM600 sebulan?wahhhhhhhh! kalau sepuluh tahun mahu belanja sampai RM 72000.Ohohohohoho! Boleh pergi Haji terus tu. atau beli rumah baru satu!Malah mungkin boleh buat belanja sambung belajar obesi! Pada pelajarku yang merokok, memang tidak ada alasan untuk tidak membeli buku teks yang tak mahal mana tu.


c) Tubuh badan dan fikiran jadi lesu
Banyak sangat bahan kimia beracun dah masuk dalam badan. Segala khasiat dan nutrisi dalam badan boleh hilang begitu sahaja. Vitamin yang elok- elok anda dah makan boleh lesap kerana asap rokok yang dah masuk dalam badan.

d)Hidup makin tertekan
Manalah tidak tertekan. Duit dah habis beli rokok semata. Lepas tu, beli benda yang tak bermanfaat untuk tubuh badan. Badan makin lemah sebab banyak bahan kimia dalam badan. Orang sekeliling pun turut tertekan terbau asap rokok orang lain. Stress woooooo termasuklah saya.

e) Mulut berbau busuk
ohohohoho! Bau mulut perokok memang tidak terkatalah wangiannya. Dicampurkan dengan air kopi atau apa jua makanan yang berbau. Orang sekeliling boleh lari tidak mahu berborak dengan anda.

f) Sistem pernafasan terganggu
Bukan sahaja sistem pernafasan perokok terganggu, malah yang lebih malang sistem pernafasan orang-orang disekeliling lebih terganggu. Kalau anda sayangkan kawan-kawan dan keluarga, sekurang-kurangnya janganlah merokok di hadapan mereka. Atau lebih menjimatkan wang dan tenaga, tak perlulah merokok langsung.


g)  Penyakit jantung ,kanser paru-paru, dan lain-lain penyakit hati
Ini adalah penyakit yang paling jelas dan sering diwarwarkan di mana-mana. Kalau sayangkan diri, kelurga dan kawan-kawan, sebaiknya berhenti dari sekarang. Cubalah hisap lolipop ke gula-gula ke, kunyah gula-gula getah ke. Manalah tahu boleh buang perasaan nak merokok.


h) Gigi warna kuning- kuning kunyit
Memang sahlah orang yang merokok, giginya lebih kuning daripada orang yang tidak merokok. Kalau kuning menawan berkilat-kilat okay juga, malangnya warna jelek sekali.Kalau tak merokok, duit dapat dijimatkan kerana tidak perlu membeli bahan pemutih gigi atau pergi rawatan 'scaling' gigi dengan doktor.


Kesian budak comel atas ni tiba-tiba jadi model gigi kuning
Haaaaa.ini sahaja antara kesan-kesan yang saya boleh fikirkan. Maklumat lebih lanjut boleh pergi ke sini. Saya memang hairan melihat perokok-perokok tegar ni. Pada adik-adik yang baru mau berjinak-jinak dengan rokok, janganlah sesekali cuba. Coba sekali, mau lagi! Rokok itu sebahagian daripada dadah. Jom katakan taknak pada rokok!Katakan taknak bukan sahaja di mulut tapi benar/ikhlas dari dalam hati.Kalau rasa memang suka bakar duit banyak- banyak, hisaplah rokok banyak-banyak.Rokok itu pembunuh! Kalau hisap rokok tu,kira macam membunuh diri secara perlahan-lahan.

Mau lagi sihat lagi menawan, marilah tidak merokok.Bare in mind that smoking kills! Says good bye to Mr Cigarettes =P

1 comment:

Aslam said...

Kesian budak gemuk yg bergigi kuning tu...