Mesti kalian semua tertanya- tanya siapakah gerangan yang hamba maksudkan ini.ehem ehem. kawan baik ku di zaman muda mudi ijazah dulu (sekarang sudah tua kah?). Akhirnya kawan saya itu selamat ditunangkan dengan jejaka pilihan hati.beliau merupakan kawan yang paling kelakar dan paling kecoh pernah saya kenal.H (bukan nama sebenar) memang kelakar tak terkata.Orangnya agak brutal gituuuu. kalau berborak, memang boleh runtuh bangunan!okay.exaggerate sangat!walaupun beliau brutal begitu, orangnya amat sensitif dan penyayang. Beliau sangat mengambil berat hal orang lain dan pendengar yang amat setia.gua cakap sama lu!betol ni.sebab tu saya amat sayang dengan kawan saya seorang ni.
Tanggal 20 November 2010, beliau selamat ditunangkan di kampung halaman dan dihadiri oleh saudara mara terdekat sahaja.Saya sendiri pun tidak tahu menahu yang beliau sudah dirisik dan ditunangkan.haiyooo.manyak kicik hati juga.tapi tak apa, anda dimaafkan ya H( bukan nama sebenar) sebab kalau saya di tempat dia pun, saya akan rahsiakan juga kot.Tak pernah dengar langsung ura- ura bahawa beliau telah dijodohkan oleh ibu ayah atau sudah ketemu calon suami, tup tup ditunangkan lada.Dahlah tunang dia sikit punya comel dan nampak lebih muda. senang cerita macam kacukan panasia pun ada.sebut betul-betul adik-adik, Pan- Asia.okay,bagus!bukan apa, teringat kat seorang pak guard tempat saya praktikal dok sebut panasia panasia instead of Pan-Asia=)
Berbalik pada kawan baik saya tadi, memang terkesima lah kejap bila nampak gambar tunang dia di facebook.okay tipu. bukan terkesima kejap kot, lama juga perasaan terkesima tu.berhari-hari juga kot terbayang-bayang mukanya yang berseri- seri di saat selepas cincin sudah disarung. Berseri-seri ala- ala Aishwarya Rai gituuuuuu. gambar tunangannya telah dicanang oleh individu yang kami sebagai kawan-kawan pun tidak kenal.tekejut kera H bila saya terjah terus dia di telefon ucap tahniah. H ni rabun IT sikit, tak terdedah sangat dengan teknologi canggih social networking ni. Beliau jarang melayari Internet.rabun IT ja ya bukan buta IT.maksudnya tidak berapa kritikal lah untuk makhluk Tuhan yang hidup di zaman ini.Kalian agak- agak siapa yang lebih tekejut sebenarnya?saya atau dia?LOL.
Saya ucapkan tahniah kepada beliau atas pertunangan itu.tak lama lagi makan nasi minyak lah kita noksss=)
lepas ni giliran siapa pula?
p/s:lada tu sama maksud dengan dah atau sudah.perkataan favourite Pensyarah Ekonomi saya yang comel lote masa kat matrik dulu.agak sikit pelat dia tu.sampai sekarang ingat dia sebab itu.haha.mesti ada yang ingat cili lada tu=)
No comments:
Post a Comment