Wednesday, November 23, 2011

Irma Hasmie versus Jessica Alba

Jessica Alba (left), Irma Hasmie (right)
Mesti kalian terfikir apa kes tiba-tiba masuk tajuk Irma Hasmie versus Jessica Alba.ehehehehe.Apa kena mengena mereka berdua ni?Okay-okay, saya tahu mungkin agak lewat untuk saya ucapkan tahniah pada Irma Hasmie yang telah berhijrah beberapa bulan yang lalu.Antara penghijrahan yang beliau lakukan adalah dengan menukar penampilannya kepada penampilan muslimah yang menutup aurat. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas penghijrahan ini. Cun gila kot dia pakai tudung.Sebagai seorang wanita Muslim memang itu yang terbaik.Saya macam terpana tengok Irma Hasmie mengacarakan rancangan Assalamualaikum di TV Al- Hijrah. Bukan Irma seorang sahaja, tapi saya juga nak ucapkan tahniah buat Diana Amir dan Siti Nurdiana yang juga baru- baru ini sudah bertudung. Alhamdulillah. Saya memang kagum dengan artis-artis ini atas penghijrahan mereka.Mudah- mudahan dengan penghijrahan ini, boleh membawa mereka ke arah yang lebih positif.Tahniah juga untuk semua yang telah berhijrah ke arah yang lebih baik.

Salam maal hijrah 1433 buat semua! Semoga hari-hari mendatang lebih baik dari hari sebelumnya.Selamat tahun baru Islam semua =)


No comments: