Tuesday, November 29, 2011

Hari menyumbat perut dan tekak di Sunway Pyramid

Assalamualaikum( dengan sopan santun gituuuuuuu). Jumat lepas sempatlah saya dan adik tersayang ber'food' shopping di Sunway Pyramid. Alang-alang bonda  tercinta suruh singgah pergi Aussino beli cadar tilam, kami pun membeli-belah makanan lah kat sana. Sunway Pyramid memang antara pusat beli belah yang berdekatan dengan rumah. Sebelum ada yang beramai-ramai memuji 'alahai.........patutlah gemooooook', meh sini nak kongsi apa benda kami dah merepek beli hari tu.



Oh ini Cone Pizza dari Italy.harganya biasa-biasa saja.satu dalam RM 7 kot.Ini kira pembuka selera atau appetizer kami lah hari tu. Beli empat batang hari tu. Kon dia tak adalah macam kon aiskrim tu tapi lagi tebal. Kira lagi kenyang lah daripada makan kon aiskrim tu.dia punya isi-isi dalam tu sedaplah.tengoklah kita pilih isi apa kan? Sebab lebih daripada 10 kot pilihan ada. ada ayam lah, seafood lah, daging lah, pepperonilah.macam-macam ada! kalau nak diet oklah makan satu dua batang untuk lunch.tapi kalau dah berbatang-batang, gamaknya Bluehyppo lah jadinya!


Kalau beli lebih daripada empat batang, selalunya dia simpan cantik- cantik dalam kotak macam atas ni. Kira cunlah nak bawa bekalan untuk berkelah tepi laut ke nak bawa untuk majlis hari jadi ke majlis perpisahan ke atau apa- apa jamuan pun.


Mau gemuk lagi?ini kira manisan lah.setakat makan sebiji je tak gemuk pun.tapi kalau makan berbiji-biji setiap hari setiap minggu setiap tahun, natijahnya memang macam-macam.bukan sahaja tubuh lebih montoks bagai tong, tetapi juga kencing manis malah mungkin putus cinta. sebab saiz baju dari M boleh jadi XXL.ehehehehe.eh tak tak.gurau je.

Hari tu kami cuba Pepper Lunch set macam atas ni. ada nasi putih, dengan lauk dia yang penuh dengan ayam, telur & sayur-sayuran hijau.apa nama dia entah. Chicken Teriyaki ke apa entah.nampak macam makanan seimbang kan? Kami beli set siap dengan jus nenas tropikal & aiskrim karamel.alhamdulillah memenuhi selera kami.

Ini Planet Popcorn perisa keju. Bonda tercinta mengidam, jadi kami pun beli. Bonda dah pernah rasa yang perisa asli jadi kami saja cuba yang keju pula. Mahal daripada popcorn yang selalu orang beli kat panggung wayang tu  tapi rasanya tak adalah sedap gila.ok jelah kot.tapi keunikannya adalah ia tidak mengandungi biji- biji yang ada dalam popocorn lain.spesies dia pun daripada baka jagung yang lebih baik dan sihat. kalau mahu  rasa, ada satu cawangan kat Sunway Pyramid. tempat lain tak tau.ohohoho!



Yang ni makan malam kat Manhattan Fish Market, Subang Parade. Saya pun tak ingatlah apa benda nama makanan-makanan atas ni. tapi sedaplah. yang ni bonda tercinta belanja. Ok dah kenyang alhamdulillah =)

2 comments:

Ahada Aihara said...

Kauthar,

Tergoda dengan Cone Pizza...
Lama kan tak hangout JJCM sama2...
Nnt if cuti lama inform k's...

KN said...

Ahada! jom JJCM! now tengah cuti lama sampai 4 Disember.hehe.